OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Selasa, 26 Oktober 2010

Lindsay tak mampu tanggung kos rawatan pemulihan


Lindsay Lohan jelas lega semalam apabila Hakim Alden Fox mengarahkannya ke pusat pemulihan semula, bukan ke penjara.

Bagaimanapun, persoalan timbul mengenai bagaimana selebriti berusia 24 tahun itu akan menjelaskan bayaran AS$53,000 (RM164,000), kos yang dikenakan terhadapnya selama tiga bulan dia di pusat berkenaan.

Lindsay diarah tinggal di Klinik Betty Ford sehingga 3 Januari depan.

Menurut laporan hukuman percubaan terhadapnya, Lindsay membayangkan dia tidak mampu untuk meneruskan bayaran program rawatan itu dan dia perlu bekerja.

Dia juga berkata, fesyen pakaian jenamanya merosot kerana dia tidak dapat mengawasi produk berkenaan.

Walaupun, klinik tempat dia menjalani rawatan itu amat berkesan dalam merawat penagih, bayaran yang dikenakan amat mahal.

Permohonannya untuk berpindah ke pusat jagaan harian ditolak oleh hakim.

Comments :

0 ulasan to “Lindsay tak mampu tanggung kos rawatan pemulihan”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan