OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Memaparkan catatan dengan label Gosip Je Artis Luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip Je Artis Luar. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

Gambar Seksi Aishwarya Rai Hingga Nampak?

0
Gambar ini di ambil dari salah sebuah adegan tari menari dalam filem tamil lakonan Aiswarya Rai bersama hero filem tamil Rajinikanth.Aiswarya Rai dikatakan hadir lambat di lokasi hingga tergesa-gesa mengenakan pakaian dan terlupa menyarung seluar dalamnya.

gambar aishwarya rai tak pakai seluar dalam
gambar seksi aishwarya rai
p/s itulah,lain kali kalau dah lambat,awal-awal pakai seluar :)
Kisah Selanjutnya >>

Sabtu, 14 Januari 2012

Pelakon Indonesia Sheila Marcia Bergambar Tanpa Seluar Dalam

0
gambar bodel artis indonesiaPelakon cantik manis dari Indonesia Sheila Marcia yang kini sedang mengandung anak kedua kini pening memikirkan masalah gambarnya yang tersebar di laman twitter dan di sebarkan oleh pemegang akaun yang menggunakan nama samaran @Neen_martha dan beberapa kali menyebut nama Sheila.

Maria Joseph, ibu pelakon Sheila Marcia, berkata dia tidak terperanjat apabila mengetahui gambar seksi anaknya itu disebar di Internet.
Malah, dia membuat keputusan untuk tidak mengambil berat perkara itu.


“Saya tak mahu komen fasal gambar itu,” katanya, semalam.


Maria percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang membenci Shiela.

“Kasihan mereka kerana mereka hanya mengotorkan hati mereka sendiri,” katanya.


p/s sekarang nie jangan percaya sangat pada mana-mana teman,kalau dah benci jadi musuh pula.
Kisah Selanjutnya >>

Isnin, 7 Februari 2011

Paris Hilton Masuk Islam

0
paris hilton masuk islam
Betul ke paris hilton masuk ISlam?Kalau betul Alhamdullilah...

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di bawah ini disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton dikatakan sedang mempelajari cara bersolat, sila klik untuk membesarkan image.


Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai


Kisah Selanjutnya >>

Jumaat, 10 Disember 2010

Ahmad Dhani simpan foto bogel artis

3

Front Pembela Islam (FPI) semalam membuat laporan polis terhadap bintang rock, Ahmad Dhani atas dakwaan menyimpan gambar bogel penyanyi dan pelakon, Dewi Persik (Depe) dalam akaun Twitternya.

“Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik.

“Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi,” kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya.

Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan.

Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini.


“Gambar ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu.

“Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap,” kata Habi
Kisah Selanjutnya >>

Rabu, 1 Disember 2010

Aksi Melaram Artis barat

0
GELARAN ratu paling aneh milik Lady Gaga sukar dicabar selebriti lain ketika membuat penampilan di karpet merah. Bagaimanapun, dengan ketidakhadiran Gaga pada acara Anugerah Muzik Amerika (AMA) minggu ini, artis rap Nicki Minaj berjaya merampas mahkota milik Gaga.

Penyanyi lagu ‘The Your Love’ itu memakai pakaian pelik rekaan pereka warga India Manish Arora ketika menghadiri majlis di Panggung Nokia, Los Angeles.

Gaun daripada koleksi musim bunga 2011 yang digayakan menampilkan struktur rangka manusia berwarna keemasan dengan bentuk sangkar di bahagian rusuk.

Pakaian yang menarik perhatian ramai itu dikatakan berharga kira-kira STG10,000 (RM50,000).

Penyanyi berusia 25 tahun dan berasal dari Trinidad yang baru melancarkan albumnya ‘Pink Friday’ pada minggu lalu itu turut mewarnakan rambutnya dengan warna perang dan hijau.

Nicki mencuba gaya terbaru rambut berwarna hijau selepas puas berambut merah muda untuk beberapa minggu.

Sementara gaya Nicki menarik perhatian pengunjung dalam acara karpet merah, penampilan terbaru Rihanna pula menjadi bualan ramai pada malam itu.

Penyanyi terbabit tiba ke majlis AMA dengan gaya rambut kerinting berwarna merah ala 80-an, kemungkinan Rihanna cuba meniru Madonna yang suka menokok-tambah fesyen rekaan orang lain.

Rihanna mengekalkan fesyen menggoda apabila mengenakan gaun Elie Saab yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya, tetapi menukar pakaian lebih menjolok mata ketika muncul di pentas.

Penyanyi berusia 21 tahun itu mendapat perhatian hadirin dengan penampilan seksi ketika menyampaikan medley beberapa lagu hit tahun ini.

Pada awal petang sebelum AMA bermula, Rihanna bergaya di karpet merah dengan gaun merah bersulam rekaan Elie Saab.

Kemudian ketika menerima anugerah untuk kategori Artis Wanita Terbaik Soul dan R&B , dia juga memakai gaun rekaan Elie Saab yang berwarna kelabu kehijauan.

Sejak beberapa minggu lalu, penyanyi itu menggayakan rambut merahnya dengan pelbagai gaya fesyen selepas muncul dengan rambut lurus panjang, dipotong pendek dan mengikut potongan wajah.

Sejak akhir-akhir ini, Rihanna menjadi perhatian ramai berikutan penampilan seksinya termasuklah gambar untuk kulit muka depan albumnya yang berbaur kelucahan apabila penyanyi itu muncul separuh bogel.

Bagaimanapun, pada malam AMA, dia menghadapi persaingan daripada Christina Aguilera, Fergie dan Katy Perry yang turut muncul dengan pakaian mengghairahkan ketika mereka membuat persembahan pada malam itu.

Christina Aguilera mengenakan pakaian seperti penari bogel yang dipadan dengan but ketika menyampaikan lagu barunya berjudul ‘Express’.

Penyanyi berkenaan membuat persembahan bersama penari iringan dengan latar belakang seperti di kelab malam.

Katy Perry pula menggemparkan pentas dengan lagu single terbarunya daripada album Teenage Dream yang berjaya meraih jualan platinum.

Puan Russel Brand itu muncul dengan sut kucing merah hati ketika menghiburkan hadirin dan pada akhir persembahan, dia diangkat penari iringan.

Sebelum itu, ketika tampil di karpet merah, Katy menggayakan gaun merah jambu yang mendedahkan dadanya.

Penghibur Fergie yang membuat persembahan bersama kumpulan Black Eyed Peas kelihatan begitu dramatik mempersembahkan nyanyian rancak mereka ‘The Dirty Bit’.

Fergie yang menggayakan pakaian seksi berwarna-warni bersama anggota kumpulannya turut naik ke pentas untuk menerima anugerah bagi kategori Kumpulan Muzik Terbaik.

Acara AMA mencatat pelbagai persembahan tidak dapat dilupakan dan antaranya persembahan Miley Cyrus yang menyanyikan lagu irama balada ‘Love & Forgiveness’ dengan gaun hitam yang berkibaran.

Taylor Swift turut memeriahkan acara dengan mempersembahkan lagu terbarunya ‘Speak now with a rendition’ daripada album balada ‘Back to December’.

Sebelum itu, Taylor meraih anugerah untuk kategori Artis Wanita Country Terbaik untuk kali ketiga selepas memenanginya selama dua tahun berturut-turut.

“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat. Anda memahami dan tahu dari mana asal saya. Terima kasih kerana memberi sokongan padu untuk album baru saya,” ujar Taylor.

Bagaimanapun, artis paling menyerlah pada malam AMA ialah Justin Bieber yang memenangi setiap anugerah yang dicalonkan untuknya.

Remaja berusia 16 tahun itu yang akan membuat persembahan di United Kingdom minggu depan dalam program X-Factor memenangi empat anugerah termasuklah anugerah khas AMA iaitu kategori Artis Terbaik.

Bieber menewaskan sebilangan artis lama seperti Eminem, Usher, Katy mahupun Lady Gaga. Bieber menjadi penyanyi paling muda memenangi anugerah itu.
Bieber turut meraih anugerah untuk kategori Album Pop/Rock Terbaik, Artis Lelaki Pop/Rock Terbaik dan Artis Paling Cemerlang.

“Saya tidak dapat menghentikan tersenyum...ia sungguh hebat,” kata Bieber selepas menewaskan Eminem dan Usher untuk anugerah Artis Lelaki Pop/Rock Terbaik.

“Secara jujur, saya tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi kerana saya sudah menyanyikan lagu Eminem sejak saya berusia tiga tahun dan Usher pula ialah mentor saya. Jadi semua ini sesuatu yang cukup hebat,” tambah Bieber.

Eminem dan Lady Antebellum mendahului artis lain apabila menerima lima pencalonan. Namun, dia tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi dua anugerah, begitu juga dengan Usher yang turut membawa pulang dua anugerah. Lady Antebellum pula terpaksa berpuas hati dengan satu anugerah saja.
Kisah Selanjutnya >>

Isnin, 8 November 2010

Gambar bogel Emma tersebar

0

Sekeping gambar memaparkan imej separuh bogel didakwa Emma Watson kini dilaporkan beredar di kalangan penuntut Universiti Brown yang menjadi tempat aktres itu menyambung pengajian kini.

Melalui gambar itu, bintang filem Harry Potter berkenaan dilihat hanya dibaluti tuala dari pinggan ke bawah, manakala bahagian atas tubuhnya terdedah.


Dia dilihat berdiri di sebelah tab mandi.

Gambar itu dilaporkan beredar melalui e-mel di kalangan penuntut Universiti Brown yang berprestij itu.

Menurut jurucakap Emma - membawa watak Hermione dalam Harry Potter - berang sebaik saja mendapat tahu mengenai gambar berkenaan.


Katanya, ketika ini keutamaan Emma adalah mencari siapa yang bertanggungjawab mula-mula menyebarkan gambar itu supaya ia dapat dihentikan.

“Menurut Emma, gambar itu palsu,” katanya semalam.


Jurucakap itu berkata, ada beberapa keping gambar bogel palsu beredar sejak dua bulan lalu dan ia memang dilihat pelakon terbabit.

Emma bosan dengan penyebaran gambar palsu itu dan orang ramai sepatutnya tahu ia bukan asli,” katanya.


Sementara itu, Emma ‘mengisytiharkan’ dirinya kini dewasa sepenuhnya apabila menyatakan, kini masa sesuai untuknya ‘lebih nakal’.


Dalam temubual sempena pelancaran filem terakhir Harry Potter tidak lama lagi, Emma menyatakan, dia akan melakukan apa yang sering dilakukan seorang gadis bujang.


“Saya mahu melakukan perkara lebih nakal.

Tiga bulan lalu saya memotong rambut dan ketika itu juga saya berasa benar-benar menjadi wanita sejati.


“Kini saya bersedia menghadapi risiko,” katanya.


Kata aktres berusia 20 tahun itu, dia pernah bercinta sekali tetapi keadaan ketika itu agak rumit.


Bagaimanapun, Emma enggan mendedahkan identiti bekas kekasihnya itu kerana menganggap ia tidak adil kepada lelaki terbabit.


“Cuma, saya tak pernah kecewa,” katanya.

Mengenai lelaki pilihannya, Emma berkata, dia suka seseorang yang pintar, mahir berkomunikasi dan kelakar.


Kata Emma, dia juga mahu lelaki yang bersedia menerima dirinya seadanya.


“Namun, saya tak pernah menerima lamaran sesiapa.


“Ketika ini saya gembira hidup sendirian dan mahu menikmatinya sebaik mungkin,” katannya...

SUMBER:hmetro.com.my
Kisah Selanjutnya >>

Selasa, 26 Oktober 2010

Lindsay tak mampu tanggung kos rawatan pemulihan

0

Lindsay Lohan jelas lega semalam apabila Hakim Alden Fox mengarahkannya ke pusat pemulihan semula, bukan ke penjara.

Bagaimanapun, persoalan timbul mengenai bagaimana selebriti berusia 24 tahun itu akan menjelaskan bayaran AS$53,000 (RM164,000), kos yang dikenakan terhadapnya selama tiga bulan dia di pusat berkenaan.

Lindsay diarah tinggal di Klinik Betty Ford sehingga 3 Januari depan.

Menurut laporan hukuman percubaan terhadapnya, Lindsay membayangkan dia tidak mampu untuk meneruskan bayaran program rawatan itu dan dia perlu bekerja.

Dia juga berkata, fesyen pakaian jenamanya merosot kerana dia tidak dapat mengawasi produk berkenaan.

Walaupun, klinik tempat dia menjalani rawatan itu amat berkesan dalam merawat penagih, bayaran yang dikenakan amat mahal.

Permohonannya untuk berpindah ke pusat jagaan harian ditolak oleh hakim.

Kisah Selanjutnya >>

Ahad, 24 Oktober 2010

Aksi Tiger Wood

0
Jangan bermimpi untuk menyaksikan rakaman aksi ranjang Tiger Woods dengan seorang daripada pemuas nafsunya dalam rakaman didakwa dimiliki Devon James.

Sebuah laman sesawang berita hiburan AS mendapati, rakaman aksi seks itu sebenarnya tidak membabitkan Woods, sebaliknya seorang lelaki lain yang menyerupai bekas jaguh golf berkenaan.


Menurut laman sesawang itu, Devon mengupah lelaki terbabit, Teneal Goyco, dan merakamkan aksi ranjang mereka untuk dijaja kepada mana-mana penerbit filem pornografi berminat.


Rakaman itu pernah cuba dijual kepada penerbit dan pengedar filem lucah terbesar di dunia, Vivid Entertainment Group.

Laman sesawang itu melaporkan, Goyco adalah petinju amatur dan diupah sebanyak AS$1,000 (RM3,000) untuk berlakon seperti Woods bagi rakaman selama dua jam.


Kepada sebuah akhbar tabloid, Geyco berkata, dia tidak tahu dirinya digunakan untuk melariskan rakaman Devon.

“Saya sangka dia membayar upah itu untuk memuaskan nasfunya saja dan saya pula hanya berminat kepada wang ditawarkan,” katanya.


Sementara itu, sebuah laman sesawang mendapati, syarikat yang bakal mengedar rakaman aksi ranjang ‘Devon dan Woods’ itu memasukkan terma dan syarat mengelirukan kepada pembeli.


Menurut laman sesawang pengedar itu, pita rakaman berkenaan hanya dijual jika ia ditempah terlebih awal dan mereka berhak membatalkan jualan itu pada bila-bila masa.


“Bagaimanapun, jika penjualan itu dibatalkan, syarikat kami mungkin akan mengembalikan bayaran,” katanya.


Devon - seorang pelacur Tampa, Florida - mendakwa menjalin hubungan sulit dengan Woods dan turut melahirkan zuriat atlit terbabit.


Bagi sesiapa yang mahu melihat aksi seksnya dengan ‘Woods’, Devon mengenakan caj AS$25.95 (kira-kira RM81) bagi setiap rakaman yang dihantar terus ke rumah pembeli. - Agensi

Kisah Selanjutnya >>

Rabu, 29 September 2010

Bingkisan Paris Buat Peminatnya Di Malaysia

0

Sungguhpun dinasihatkan supaya berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sebaik saja ditahan masuk di lapangan terbang Jepun pada minggu lalu, namun itu tidak bermakna sosialit terkenal Paris Hilton harus terus melupakan peminatnya di Malaysia.

Demi menjaga hati ribuan peminat yang sudah pun sedia menunggu di ruang legar utama pusat beli-belah Pavilion pada petang hari berkenaan, Paris telah menghadiahkan bingkisan rakaman video yang tekah dirakam sendiri olehnya kira-kira 2 jam sebelum acara pelancaran tas tangan dan haruman terkini miliknya itu berlangsung pada Jumaat lalu.

Hal itu telah diakui Ketua Pegawai Eksekutif Paris Hilton Handbags & Accessories Worldwide, Michael Faurholdt Friis sewaktu dia ditemuramah secara eksklusif oleh murai.com.my sejurus selepas selepas berakhirnya majlis pelancaran berkenaan.

"Benar. Walaupun Paris sekarang teramat sedih kerana tidak dapat bersama peminatnya di Malaysia pada waktu ini, tapi dia telah mengirimkan saya rakaman video pada setengah jam lalu yang telah dirakamkan di kediamannya iaitu 2 jam sebelum acara di sini bermula.

"Inilah hadiah istimewa yang dikirimkan Paris buat peminatnya di sini, meskipun dia tahu bahawa dia tak akan dapat bersama seperti yang telah dijanjikan," katanya yang turut menduga perkara sedemikian akan berlaku.

Paris sepatutnya bertemu peminatnya di Kuala Lumpur dan Jakarta selepas mengunjungi Jepun, 22 September lalu, bagaimanapun gagal berbuat demikian selepas ditahan oleh pihak imigresen di negara matahari terbit berkenaan atas dakwaan dadah.

Walaupun dengan ketiadaan wajah berpengaruh berkenaan, Michael bagaimanapun berkata agenda serta perancangan bagi mempromosikan koleksi terbaru musim luruh dan sejuk tas tangan serta wangian Tease itu tetap berjalan seperti yang dirancang.

Michael menambah, sempena kunjungannya ke Jepun minggu lalu, Paris telah hadir bersama adiknya Nicky Hilton sebagai menghargai sokongan tidak berbelah bagi daripada pelanggan dan pereka fesyen yang menyukai koleksi fesyen miliknya.

"Memang kalau ikutkan perancangan, Paris akan berada di 3 negara Asia iaitu Jepun, Malaysia dan Indonesia. Kerana di Kuala Lumpur sendiri, Paris memiliki 2 butik eksklusifnya iaitu di Pavilion dan One Utama.

"Malah Paris teringin sangat untuk berada di Indonesia kerana secara peribadi dia tidak pernah ke sana, apatah lagi dia baru saja membuka butik pertamanya di Jakarta," katanya.

Fikiran positif Michael berkata bahawa Paris akan tetap berkunjung ke negara ini pada masa akan datang.

Katanya, jika sebelum ini dia sepatutnya berada di ibu negara hanya untuk sehari, pada masa akan datang Paris mungkin akan melengahkan sehari lagi bagi mengenai serta menghargai keindahan Malaysia sebagai wajah Asia sebenar.

Kisah Selanjutnya >>

Jagger ketagih seks

0
Janda Mick Jagger, Jerry Hall, mendakwa penyanyi utama kumpulan The Rolling Stones itu dianggap sebagai pemangsa seksual yang berbahaya.Dalam pendedahan melalu buku tulisannya, bekas model dan aktres kelahiran Texas itu berkata, pada asalnya Jagger adalah seorang penagih dadah yang tegar.


Katanya, pertemuan dengan Jagger, kini 67, berjaya mengubah hidup penyanyi kelahiran Kent, England itu supaya meninggalkan dadah.


“Bagaimanapun, Jagger menggantikan ketagihan dadah itu kepada ketagihan mengadakan hubungan seks,” katanya.


Jerry mula berpacaran dengan Jagger pada 1977 selepas bertemu kali pertama pada 1976.



Pasangan itu kemudian berkahwin secara tidak rasmi pada 21 November 1990 mengikut adat budaya Hindu masyarakat Bali di Indonesia.


Hubungan itu berakhir pada hujung 1999.


Hasil hubungan itu, mereka dikurniakan empat anak, iaitu Elizabeth, 26; James, 25; Georgia May, 18, dan Gabriel, 13.


Menurut Jerry, sepanjang hubungannya dengan Jagger selama 23 tahun, penyanyi rock itu menipu dan berlaku curang terhadapnya berkali-kali.


Dalam buku itu juga, Jerry, 54, menceritakan bagaimana Jagger menggodanya ketika dia masih remaja dan sedang bertunang dengan penyanyi, Bryan Ferry.


“Dia adalah pemangsa seksual yang berbahaya.

“Walaupun saya mencintainya dan dia bersumpah mempunyai perasaan sama terhadap saya, kesetiaannya masih saya ragui.



“Saya berjaya menarik Jagger daripada menagih dadah, tetapi dia beralih menjadi penagih seks dan tidak pernah mendapatkan rawatan bagi mengatasinya,” katanya.


Sepanjang berpasangan, Jerry mengesyaki Jagger mempunyai hubungan romantik dengan model dan selebriti Perancis kelahiran Itali, Carla Bruni.


Hanya selepas berkahwin dengan Jagger pada 1990, katanya, dia yakin Jagger tidak mempunyai hubungan dengan Carla - kini menjadi Wanita Pertama Perancis selepas berkahwin dengan Presiden Nicolas Sarkozy pada 2008.

Dalam buku berjudul My Life In Pictures itu, Jerry mendedahkan, hubungannya dengan Jagger berakhir selepas penyanyi rock itu menyebabkan model Brazil, Luciana Morad, 40, hamil. - Agensi

Kisah Selanjutnya >>



Paling Popular


 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan