Sungguhpun dinasihatkan supaya berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sebaik saja ditahan masuk di lapangan terbang Jepun pada minggu lalu, namun itu tidak bermakna sosialit terkenal Paris Hilton harus terus melupakan peminatnya di Malaysia.
Demi menjaga hati ribuan peminat yang sudah pun sedia menunggu di ruang legar utama pusat beli-belah Pavilion pada petang hari berkenaan, Paris telah menghadiahkan bingkisan rakaman video yang tekah dirakam sendiri olehnya kira-kira 2 jam sebelum acara pelancaran tas tangan dan haruman terkini miliknya itu berlangsung pada Jumaat lalu.
Hal itu telah diakui Ketua Pegawai Eksekutif Paris Hilton Handbags & Accessories Worldwide, Michael Faurholdt Friis sewaktu dia ditemuramah secara eksklusif oleh murai.com.my sejurus selepas selepas berakhirnya majlis pelancaran berkenaan.
"Benar. Walaupun Paris sekarang teramat sedih kerana tidak dapat bersama peminatnya di Malaysia pada waktu ini, tapi dia telah mengirimkan saya rakaman video pada setengah jam lalu yang telah dirakamkan di kediamannya iaitu 2 jam sebelum acara di sini bermula.
"Inilah hadiah istimewa yang dikirimkan Paris buat peminatnya di sini, meskipun dia tahu bahawa dia tak akan dapat bersama seperti yang telah dijanjikan," katanya yang turut menduga perkara sedemikian akan berlaku.
Paris sepatutnya bertemu peminatnya di Kuala Lumpur dan Jakarta selepas mengunjungi Jepun, 22 September lalu, bagaimanapun gagal berbuat demikian selepas ditahan oleh pihak imigresen di negara matahari terbit berkenaan atas dakwaan dadah.
Walaupun dengan ketiadaan wajah berpengaruh berkenaan, Michael bagaimanapun berkata agenda serta perancangan bagi mempromosikan koleksi terbaru musim luruh dan sejuk tas tangan serta wangian Tease itu tetap berjalan seperti yang dirancang.
Michael menambah, sempena kunjungannya ke Jepun minggu lalu, Paris telah hadir bersama adiknya Nicky Hilton sebagai menghargai sokongan tidak berbelah bagi daripada pelanggan dan pereka fesyen yang menyukai koleksi fesyen miliknya.
"Memang kalau ikutkan perancangan, Paris akan berada di 3 negara Asia iaitu Jepun, Malaysia dan Indonesia. Kerana di Kuala Lumpur sendiri, Paris memiliki 2 butik eksklusifnya iaitu di Pavilion dan One Utama.
"Malah Paris teringin sangat untuk berada di Indonesia kerana secara peribadi dia tidak pernah ke sana, apatah lagi dia baru saja membuka butik pertamanya di Jakarta," katanya.
Fikiran positif Michael berkata bahawa Paris akan tetap berkunjung ke negara ini pada masa akan datang.
Katanya, jika sebelum ini dia sepatutnya berada di ibu negara hanya untuk sehari, pada masa akan datang Paris mungkin akan melengahkan sehari lagi bagi mengenai serta menghargai keindahan Malaysia sebagai wajah Asia sebenar.
Comments :
0 ulasan to “Bingkisan Paris Buat Peminatnya Di Malaysia”
Catat Ulasan