Amber menerusi kiriman BlackBerry Messanger (BBM) kepada portal murai.com.my semalam berkata, dia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sihat dengan kaedah bersalin cara normal seperti yang diinginkannya.
Katanya, dia telah ditemani suami Adrian Wong dan ahli keluarga terdekat sewaktu bergegas ke hospital.
Bagaimanapun Amber berkata, selepas kelahiran keadaan badannya sangat letih dan dinasihati oleh pihak doktor supaya berehat.
Menurut teman rapat model jenama Guess itu, Stella Lim Bee Choo, bayi Amber mempunyai fizikal yang panjang mirip ibunya manakala wajah mirip bapanya, Adrian Wong.
"Amber telah dimasukkan ke hospital sekitar jam 10 pagi dan hanya pada jam 5 petang dia telah disahkan bersalin.
"Dia memang kelihatan letih, bagaimanpun hanya sekitar jam 8 malam Amber telah membenarkan pelawat untuk datang melawatnya di hospital," kata Stella.
Sementara itu, bermula hari ini Amber telah dilantik sebagai duta kepada produk pelangsingan badan S2 Slimming selama 2 tahun.
Isnin lalu, Amber bersama rakan kongsinya Xavier Mah telah melancarkan syarikat perhubungan awam mereka Amber & Xavier Public Relation (A&X PR).
Bukan sekadar menguruskan acara berkaitan dunia hiburan, A&X PR bertanggungjawab menyudahkan apa juga majlis berkaitan fesyen dan gaya hidup bermula dari rangka sehingga tamatnya acara.
Ketika ditemui pada majlis berkenaan, Amber turut berkongsi rahsia bahawa dia tidak sabar untuk kembali ke berat badannya yang asal di mana berat badannyannya kini telah meningkat sebanyak 19 kilogram.
Memilih untuk berehat selama sebulan, Amber dijangka akan kembali aktif pada awal November depan dengan dimulakan sebuah majlis khas bagi memperkenalkan bayinya itu kepada pihak media dan rakan terdekat.
Comments :
0 ulasan to “Amber Selamat Lahirkan Bayi Lelaki”
Catat Ulasan