OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Khamis, 30 September 2010

Kes Roslin: Perbicaraan Semula 16 November

Pagi yang hujan serta suasana yang sejuk ni memang seronok kalau kita tarik selimut sambil baring atas tilam empuk (senang kata sambung tidurlah Murai Batu oii...Tak payah nak berkias). Tapi memikirkan kerja yang banyak di pejabat serta muka bos yang semacam boleh mendatangkan mimpi ngeri serta merta. Jadi untuk mengelak dari mimpi ngeri itu, langkah terbaik adalah datang ke pejabat.

Cukup, ini bukan blog untuk banyak sangat bunga di atas. Perkara pertama untuk disoroti Murai Batu hari ini ialah kes mahkamah dan individu yang berkaitan pula ialah bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.

Ok...OK...sebelum pergi lebih jauh, Murai Batu terangkan dulu. Ini adalah kes Roslin dengan bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad yang bercerai pada tahun 2009 dulu. Bukan kes hotel yang berlaku pada tahun ini.

Terbaru mengikut sebuah akhbar tempatan, Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Lumpur semalam menetapkan 16 November ini untuk sebutan semula bagi membolehkan Roslin menfailkan hujahan bertulis terhadap rayuan bekas isterinya dalam kes tuntutan ganti rugi perkahwinan mereka. (Fuuh, serius ayat Murai Batu).

Panel tiga hakim syarie yang diketuai Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Ibrahim Lembut menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin memohon ditetapkan tarikh bagi membolehkan pihaknya menfailkan hujahan secara bertulis pada perayu yang juga bekas isteri Roslin, Faizah Mohamad, 34.

Tentu semua ingatkan yang Roslin pernah berkahwin kali pertama pada 31 Januari 2009 dan melafazkan cerai pada 11 Febuari 2009, iaitu 12 hari selepas bernikah. Punca penceraian mereka setakat diketahui Murai Batu ialah menurut Roslin, dia tidak dilayan atau dihormati sebagai seorang suami oleh isterinya itu.

Jadi pada 21 Oktober tahun lalu, Roslin telah mengemukakan tuntutan perbelanjaan merisik antaranya cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barang pertunangan (RM2,915).

Murai Batu tak nak ulas banyak-banyak pasal kes Roslin ni. Nanti melalut sampai ke bukan-bukan. Yalah diri sendiri pun belum pernah berumahtangga, nak citer lebih-lebih lak. Kita tunggulah sapa yang betul dalam kes Roslin ngan Faizah ni

Comments :

0 ulasan to “Kes Roslin: Perbicaraan Semula 16 November”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan