OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Memaparkan catatan dengan label Gosip Je Atlit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip Je Atlit. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2012

Sah Khairul Fahmi Che Mat Dan Dahlia Teck Bercinta

0
Tiada apa yang harus di sangkal lagi oleh Khairul Fahmi tentang hubungan cintanya dengan Dahlia Teck.Pada 6 Januari lalu,Dahlia teck telah membuat kejutan dengan datang sendiri ke lokasi latihan khairul fahmi untuk menyambut hari kelahiran khairul fahmi.

Nampak romantik,di mana Khairul Fahmi aksi kek menyuap ke mulut Dahlia Teck.Bagi peminat wanita,jangan cemburu dengan aksi tersebut.

Kisah Selanjutnya >>

Isnin, 9 Januari 2012

Nak Join Kelab Khairul Fahmi Che Mat Kena Bayor?

0
gambar terbaru khairul fahmiBiar betul dengan tajuk entri di atas nie,kenapa perlu bayar RM150 hingga RM250 untuk join kelab peminat Khairul Fahmi Che Mat.Hebat sangat ke Khairul Fahmi nie,kalau di bandingkan dengan Datuk Siti Nurhaliza yang lebih glamour dari Khairul Fahmi.

Kelab Perminat Datuk Siti tidak pula meminta bayaran untuk join menjadi ahlinya yang sekarang ini mempunyai lebih 400k perminat di Facebook dan di laman web rasmi kelab perminat dato siti pula telah mengumpul sebanyak 14,608 perminat yang berdaftar.

Apakah ada pihak yang sengaja untuk mengambil kesempatan ke atas khairul fahmi.Bagi kami memang tak patut di adakan bayaran untuk join mana-mana kelab perminat.Ini akan membantutkan juga bagi perminat yang tidak mempunyai wang,malah sekarang nak join mana-mana Fan atau kelab perminat boleh mengunakan flatform yang sedia ada seperti Facebook.

Apa-apapun terpulanglah pada peminat khairul fahmi untuk join atau tidak.....
Kisah Selanjutnya >>

Ahad, 31 Oktober 2010

Maizawati Gebu......

0

Kegebuan dan kemampuannya memiliki ramai anak mungkin dicemburui wanita lain, tapi semua itu tidak datang bergolek.

Sebaliknya, Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki.

Menurut Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, petua utama adalah berpantang selepas melahirkan anak kerana percaya proses berkenaan dapat memulihkan tenaga dan memelihara kecantikan.

“Saya cuma mengamalkan berpantang. Saya yakin dengan kebaikan amalan tradisional itu selepas mendengarnya daripada ibu saudara. Proses berpantang membuang darah kotor dan wanita yang melahirkan anak beruntung kerana susah hendak diserang penyakit kronik.

Ketika berpantang, saya memakan makanan yang boleh memanaskan badan dan makan jamu serbuk kerana percaya kesan pemulihan lepas bersalin lebih cepat. Sepanjang berpantang, saya banyakkan minum air akar kayu walaupun ia pahit. Saya berpantang selama setahun tidak minum ais dan minuman berkarbonat,” katanya.

Dia yang kini menjalankan perniagaan Madu Herba Maiza — produk kesihatan dengan campuran habbatussauda — turut memasukkan madu sebagai amalan pemakanan harian.

“Saya turut amalkan meminum madu setiap pagi dan malam bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh dan awet muda,” katanya yang berminat menceburi bidang lakonan jika tiada aral.

Model sambilan itu memaklumkan, dia dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti harian bagi menjaga kehamilan disebabkan terlalu aktif dan banyak berdiri.

“Selepas disahkan hamil dan berlaku pendarahan, saya perlu mengurangkan aktiviti harian dan banyak berehat seperti dinasihatkan doktor. Alhamdulillah saya tidak mabuk, cuma berlaku pendarahan kerana terlalu aktif. Selepas ujian imbasan dilakukan, bayi dalam rahim aktif,” katanya.

Ternyata Maiza yang kini meniti hari bahagia bersama suami baru, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, bertuah kerana tidak perlu menunggu lama selepas akad nikah, sebaliknya ‘bunting pelamin’ dan dijangka menyambut kelahiran anak terbaru, Mei depan.

‘Kesuburannya’ yang bakal menimang cahaya mata ketujuh pada usia 35 tahun — sesuatu yang jarang dialami wanita moden hari ini — turut membuatkan ramai wanita di luar sana mengagumi dan tertanya-tanya rahsia awet mudanya.

“Tiada rahsia besar memiliki ramai anak. Tambahan pula, keluarga ibu mempunyai ramai adik beradik. Saya bersyukur kerana disahkan hamil dan menganggapnya sebagai rezeki Allah. Tidak sangka hamil dalam waktu terdekat ini kerana kami tidak merancang apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki dirinya hamil apabila lewat datang bulan sebelum melakukan ujian kehamilan di rumah.

Selepas ujian itu menunjukkan tanda positif, Maiza mendapatkan pengesahan doktor dan disahkan hamil dua bulan.

“Sebenarnya kalau difikirkan, saya takut hendak mengandung. Proses mengandung dan melahirkan anak masih segar di ingatan. Suami gembira dengan berita itu dan meminta saya banyak berehat. Dia mengambil berat makan minum serta melarang saya melakukan kerja berat,” katanya.

Maiza mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah, 13; Mohd Syarif Idayatullah, 12; Mohd Syakir Idayatullah, 9, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 3. Manakala dua lagi anak, Dania Sofea, 17, dan Danial Arif, 16, adalah hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya.

Model sambilan itu sebelum ini dikenali berikutan kesnya ditinggalkan bekas suami, bercerai dan kemudian dicemuh kerana berpasangan dengan lelaki lebih muda 12 tahun daripadanya.

Biarpun perkahwinan barunya mengundang pelbagai persepsi, Maiza berkata, dia tidak bimbang perbezaan usia kerana yakin Mohd Yassin mampu menjadi suami dan ayah kepada anaknya serta menjadi pelindung keluarga.


>PETUA MAIZAWATI
1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam

Kisah Selanjutnya >>

Khamis, 30 September 2010

Kes Roslin: Perbicaraan Semula 16 November

0
Pagi yang hujan serta suasana yang sejuk ni memang seronok kalau kita tarik selimut sambil baring atas tilam empuk (senang kata sambung tidurlah Murai Batu oii...Tak payah nak berkias). Tapi memikirkan kerja yang banyak di pejabat serta muka bos yang semacam boleh mendatangkan mimpi ngeri serta merta. Jadi untuk mengelak dari mimpi ngeri itu, langkah terbaik adalah datang ke pejabat.

Cukup, ini bukan blog untuk banyak sangat bunga di atas. Perkara pertama untuk disoroti Murai Batu hari ini ialah kes mahkamah dan individu yang berkaitan pula ialah bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.

Ok...OK...sebelum pergi lebih jauh, Murai Batu terangkan dulu. Ini adalah kes Roslin dengan bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad yang bercerai pada tahun 2009 dulu. Bukan kes hotel yang berlaku pada tahun ini.

Terbaru mengikut sebuah akhbar tempatan, Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Lumpur semalam menetapkan 16 November ini untuk sebutan semula bagi membolehkan Roslin menfailkan hujahan bertulis terhadap rayuan bekas isterinya dalam kes tuntutan ganti rugi perkahwinan mereka. (Fuuh, serius ayat Murai Batu).

Panel tiga hakim syarie yang diketuai Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Ibrahim Lembut menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin memohon ditetapkan tarikh bagi membolehkan pihaknya menfailkan hujahan secara bertulis pada perayu yang juga bekas isteri Roslin, Faizah Mohamad, 34.

Tentu semua ingatkan yang Roslin pernah berkahwin kali pertama pada 31 Januari 2009 dan melafazkan cerai pada 11 Febuari 2009, iaitu 12 hari selepas bernikah. Punca penceraian mereka setakat diketahui Murai Batu ialah menurut Roslin, dia tidak dilayan atau dihormati sebagai seorang suami oleh isterinya itu.

Jadi pada 21 Oktober tahun lalu, Roslin telah mengemukakan tuntutan perbelanjaan merisik antaranya cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barang pertunangan (RM2,915).

Murai Batu tak nak ulas banyak-banyak pasal kes Roslin ni. Nanti melalut sampai ke bukan-bukan. Yalah diri sendiri pun belum pernah berumahtangga, nak citer lebih-lebih lak. Kita tunggulah sapa yang betul dalam kes Roslin ngan Faizah ni

Kisah Selanjutnya >>



Paling Popular


 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan