OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Khamis, 30 September 2010

Aku Masih Dara

SELEPAS tiga tahun putus cinta dengan pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre, hingga kini Norliana Samsudin atau Yana belum bertemu pengganti.Yana yang menyambut ulang tahun ke-26 pada 25 September lalu mengakui, masih belum bertemu pengganti Pierre sampai hari ini. Bukan tiada lelaki cuba mendekati­nya namun kerana kesibukan dengan lakonan membuatkan perkara itu bukan keutamaannya kini.

Kata Yana yang juga pengarah filem Selamat Pagi Cinta (SPC), kriteria lelaki idamannya adalah matang, bertanggungjawab, beriman dan dari keturunan keluarga yang baik. Si dia juga mestilah berpakaian kemas dan tidak selekeh.

“Buat masa ini memang saya sibuk sangat dengan lakonan hingga tidak menang tangan terima tawaran berlakon. Saya bertuah kerana pengurusan MIG Talent Sdn Bhd memberi kepercayaan kepada saya menjayakan pelbagai drama dan filem terbitan MIG Productions.

“Bukan saja soal kekasih belum bertemu pengganti, malah saya tidak ada masa untuk mengarah filem baru buat masa ini. Saya akur dengan rezeki saya yang murah dalam bidang lakonan ketika ini. Saya juga anggap setiap tawaran yang datang itu rezeki yang sukar ditolak.

“Saya juga bersyukur dengan pencapaian dalam bidang seni setakat ini. Pada masa sama, saya akan tingkatkan prestasi lakonan sedia ada dari semasa ke semasa,” katanya.

Agenda seninya yang padat menyebabkan sesi fotografi Rap bersama Yana terpaksa dibuat di lokasi penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya, Siti Kelembai di Hulu Langat, Selangor pada Ramadan lalu.

Dalam drama itu, Yana beraksi sebagai watak utama, Siti Ratna bergandingan dengan pelakon kacak, Fizo Omar. Drama itu mula disiarkan di TV3 pada 20 September lalu dan diulang tayang di TV9.

Ditanya lakonannya sebagai Siti Ratna dalam cerita arahan Bob Ismail itu, Yana berkata, Siti Ratna adalah cucu kepada Dewa Kelembai yang lahir ke bumi mempunyai kuasa menyebabkan orang yang disumpah­nya menjadi buta.

Apa yang membanggakan Yana wataknya sebagai Wawa dalam filem Adnan Sempit dan Lulu dalam telefilem Lu’lu meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

Malah, ke mana saja Yana pergi, orang tidak memanggilnya Yana sebaliknya Wawa dan Lulu.

Kata Yana, sebagai pelakon, sudah pasti dia gembira kerana lakonannya mendapat maklum balas cukup positif daripada peminat.

Baginya, sambutan penonton menaikkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik dalam drama dan filem selepas ini.

“Saya sudah tujuh tahun berkecimpung dalam seni dan diberi peluang menjayakan pelbagai watak. Sebelum ini, saya berkampung di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod, Adnan Sempit untuk siaran Astro selama tiga bulan.

“Saya juga menjayakan filem Kongsi arahan Farid Kamil. Dalam filem aksi dan komedi yang diterajui Shaheizy Sam dan Fizo Omar, saya bawa watak pembantu sebagai Inspektor Olla. Penggambaran sudah selesai dan saya baru saja selesai memasukkan suara untuk filem itu.

“Saya juga tidak ada masalah bekerja dengan Farid kerana kami sudah kenal lama dan paling senior di MIG,” katanya yang pernah menjadi penolong pengarah filem V3 Samseng Jalanan dan Syurga Cinta.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, filem lakonannya akan ditayangkan akhir tahun ini ialah Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham yang menggandingkannya dengan pelakon Diana Amir dan Raja Farah.

Yana membawa watak gadis kena rogol, Alisha dalam filem ini.

Kata Yana, dia terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana ia menyampaikan mesej mendalam pada masyarakat.

“Selain gadis kena rogol, saya juga pernah bawa watak lesbian dalam filem Histeria,” katanya.

Mengenai bidang pengarahan pula, kata Yana, dia tidak berani menerima tawaran produser MIG, David Teo untuk mengarah filem SPC sebelum ini.

Bagaimanapun selepas berfikir masak-masak, dia sedia menyahut cabaran itu kerana tidak ingin lepaskan peluang depan mata.

“Apapun, saya gembira kerana ramai pengarah muda muncul di persada seni tanah air selepas saya mengarah filem SPC. David juga ada menawarkan projek filem baru tahun ini tetapi saya tidak boleh terima tawaran itu kerana agenda seni pula padat tahun ini.

“Saya bersedia kembali mengarah filem baru apabila tidak terbabit dengan mana-mana projek drama dan filem,” katanya.

Dalam majlis ulang tahunnya yang diadakan di Restoran Lemon, Kajang, baru-baru ini, acara dimulakan dengan bacaan doa selamat, disusuli dengan memotong kek hari jadinya.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran anggota keluarga Yana dan artis MIG seperti Shaheizy Sam dan Eddie.

PROFIL
NAMA SEBENAR: Norliana Samsudin
TARIKH LAHIR: 25 September 1984
ASAL: Yong Peng, Johor
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pengarah
FILEM: Selamat Pagi Cinta, Histeria, Shh... Dia Datang, 7 Perhentian, MamiJarum Junior, Main-Main Cinta dan Adnan Sempit
DRAMA: E-toyol.com, Bionik, Lu’Lu dan 3 Janda, Suri Bakawali
ALBUM: Yana Ceria (2004)

Comments :

0 ulasan to “Aku Masih Dara”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan