OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Memaparkan catatan dengan label Gosip Je Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip Je Artis. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

Zizan Bertukar Watak Jadi Pondan?

0
Sebelum menruskan entri pasal Zizan Raja Lawak,kami nak ucapkan tahniah dulu kepada Hafiz yang mengondol 2 anugerah sekaligus...kamek bangga kitak ko hafiz,bangga kamek jadi nembiak sarawak..he..he..he.

Berbalik pada kisah Zizan Raja Lawak pula,kami hanya katakan ini mungkin salah satu gosip liar,mungkin Zizan menghayati watak sebagai seorang pondan@makyah ataupun sebaliknya.Hanya Zizan yang tahu perkara sebenar.

Kami pun tidak pasti,gambar di atas ini kami perolehi dari blog politik dan mungkin ini gambar lama beliau.Jika benar gambar ini menunjukkan sikap sebenar Zizan,nasihat dari kami kembalilah ke pangkal jalan.
Kisah Selanjutnya >>

Jumaat, 20 Januari 2012

"Panggilan Hangit" Bukan Kerana Saman

0
panggilan hangitBoss 'Hot FM' dah beri kenyataan hari ini,Panggilan Hangit sebenarnya dihentikan bukan disebabkan oleh bantahan oleh artis veteran yang dikatakan marah apabila terkena Panggilan Hangit.Tetapi Boss 'Hot FM' memberi alasan kerana inginkan perubahan baru untuk tahun 2012 ini.

"Pihak kami telah membuat keputusan untuk merehatkan atau dalam erti kata lain, menghentikan segmen Panggilan Hangit buat sementara waktu berkuatkuasa pada hari ini (Khamis).

"Keputusan ini tiada kena mengena dengan aduan yang dibuat oleh seorang artis veteran yang terkena Panggilan Hangit kepada pihak atasan.

"Ia adalah gosip yang tidak benar. Malah kebanyakan artis begitu terbuka selepas ‘terkena’ dalam segmen ini.

"Sudah lima tahun segmen ini diperkenalkan dan tibalah masanya Hot FM melakukan perubahan baru pula," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.



Jadi dah terungkailah kisah sebenar mengapa Panggilan Hangit dihentikan,tak ade kena mengena dengan sesiapa atau untuk mengelakkan kena saman..hmm
Kisah Selanjutnya >>

Ahad, 21 Ogos 2011

Nanu main dengan anak anjing

0
Biar betul nanu nie,seronok betul bermain dengan anak anjing,dahlah tidur setilam dengan anjing malah dipeluknya lagi..adess..adess kalau kucing tak apelah,tapi anak anjing !!!.Dahlah tak sensor,buat tak tahu pulak,malah diri senridi yang upload gambar kat facebook.Nak cetuskan kontroversi baru ke nanu.Tapi, mungkin nanu ada alasanya sendiri,selepas nie nanu akan katakan yang dirinya sudah menyamak dirinya selepas memegang anak anjing,@atau nanu akan beri alasan anjing yang dipegangnya dalam keadaan bulunya kering?Ape-ape jealah lalu...asalkan kau pandai jawab sendiri nanti....




Kisah Selanjutnya >>

Jumaat, 19 Ogos 2011

ERIN MALIK bertato dan bertindik lidah?

0
Erin Malek ni memang daring. Siap buat pengakuan bertatoo dan bertindik lidah tanpa rasa segan silu di rancangan Galaksi. Paling best apabila Erin Malek siap tunjuk tindikan yang dilakukan di lidah time tue.

Apabila ditanya sama ada tatoo yang ada di badannya boleh kelihatan di badannya kalau memakai T-Shirt, ini jawapan Erin Malek.

Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.


Agak-agak korang kat mana ye tatoo Erin Malek nie?




Kisah Selanjutnya >>

Rabu, 17 Ogos 2011

Gambar Miera Liyana yang seksi bersama teman lelaki

0
Siapakah lelaki yang bersama Miera Liyana ni?.. Dengar-dengar cerita lelaki yang dikenali sebagai Lash Mokhtar ni adalah teman lelaki terbaru Miera Liyana.. Wah.. beruntung lah Lash Mokhtar ni dapat teman wanita secantik Miera Liyana ni kan.. melalui gambar yang kita boleh tengok kat bawah ni.. nampak sangat mereka berdua tengah melalui saat-saat bahagia bersama kan..

Menurut sumber, Lash Mokhtar ni juga turut aktif berlakon untuk beberapa drama dan filem.. antaranya ialah ‘Kami The Movie’,'Hanyut’ dan yang terbaru ialah ‘Alauddin’.. Jika betul mereka berdua ni tengah bercinta, MyGosip harap cepat-cepat la mereka berdua ni berkahwin.. nampak serasi sangat dah tu.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Miera Liyana dan Lash Mokhtar bermanja-manja kat bawah ni… Miera Liyana Agak seksi disitu..






Kisah Selanjutnya >>

Rabu, 16 Mac 2011

Heykal Hanafiah bercerai, kini bercinta dengan Faezah Elai

0


Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh. Sudah-sudahlah tu menafikan percintaan kamu berdua. Pun begitu masing-masing cuba menyelamatkan diri dengan berkata mereka mula menjalin hubungan apabila kedua-dua bekerjasama menerusi drama Asmara Musim 2.

Masjid yang dibina selama 12 tahun dan dianugerahkan tiga cahaya mata runtuh begitu sahaja hanya kerana seorang artis perempuan sosial yang pernah digosipkan mengandung dan menggugurkan kandungannya. Sayang sekali.

Faezah Elai tanpa segan silu memberi kenyataan menganggap Heykal adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini dan mereka sering keluar bersama. Malah memberitahu kasih sayang dan mengambil berat satu sama lain sudah ada dalam hubungan itu.

SUMBER : MediaMalaya.com

Kisah Selanjutnya >>

Khamis, 10 Februari 2011

Gambar Syella Kamaruddin nampak tetek

0
gambar artis nampak tetek

Mak oi, ini bukan calang-calang punya buah. Ini buah gred A, limited edition beb! Syella Kamaruddin, merupakan seorang artis yang kurang dikenali, jarang muncul dalam mana-mana drama, namun dia sering dihinggap dengan cerita panas, terutamanya berkenaan pakaian seksi yang selalu terdedah sana-sini.

Kalau dulu, ada cerita Syella yang konon’nya bergaduh di Facebook sebab ditegur oleh orang veteran kerana berpakaian seksi, namun kami rasa teguran itu tidak diendah sangat. Gambar terbaru (mungkin?) daripada Syella kembali menghangatkan mata-mata yang memandang. Apakan tidak, buah dada’nya hampir separuh terkeluar, macam nak ditayangkan sangat kemontokan aset berharga miliknya.

Daring dan berani, namun itu bukan tiket untuk popular dan mendapat perhatian produser filem. Cuba tengok Lisa Surihani & Siti Nurhaliza, tak perlu tayang apa-apa pun, fans mereka tetap berjuta-juta. Kami pun pelik, Syella ni orang’nya cantik, putih melepak. Apa motif nak tayang buah dada, low cut beb? Versi NSFW selepas ini, jizz!
Kisah Selanjutnya >>

Ahad, 7 November 2010

Artis berparti Halloween

0
Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.

Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.

Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya.

SUMBER : hmetro.com.my

Kisah Selanjutnya >>

Rabu, 27 Oktober 2010

Aidil tuntut jaga anak

1

Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.


“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.

“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.

Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

SUMBER : hmetro.com.my
Kisah Selanjutnya >>

Sabtu, 23 Oktober 2010

'M tidak sesuai untuk saya'

0

PENAMPILANNYA sebelum ini dilabel seksi hingga membuatkan dirinya serba salah dan akhirnya mengubah imej lebih sopan dengan berbaju kurung, berjubah mahupun baju labuh yang menutup bentuk tubuhnya.

Sejak awal tahun lalu, penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, mengakui selesa dengan penampilan itu dan tidak patah semangat walaupun imej begitu lebih dulu dilabel dengan Ana Rafali.

Nyata bukan mudah laluan yang ditempuh janda muda ini untuk merealisasikan niat baiknya itu. Ada saja pihak yang memandang sinis penampilannya. Pernah berlaku dalam satu persembahan di Kuantan, Pahang, dirinya tidak dibenarkan naik pentas dengan penampilan berbaju kurung kerana dikatakan tidak sesuai.


Ketika ditemui pada majlis anjuran Rafflesia The Pearl Centre sempena Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), baru-baru ini, Farah kelihatan tidak selesa dengan gaun merah jambu muda rekaan Rizman Ruzaini. Tangannya tidak lepas di dada seperti menutup sesuatu.

Apabila ditanya perkara itu, Farah mengakui kurang selesa dengan pakaian itu kerana belahan pada dada agak luas.

Katanya, pakaian itu memang cantik, tetapi dia kurang selesa kerana mendedahkan dada. Kalau silap gaya, boleh memalukan dirinya dan cuba menutupnya dengan tangan.

"Saya mahu memakai kerongsang dan meminta izin dengan perekanya, tetapi mereka keberatan kerana tidak mahu merosakkan rekaan baju ini.


"Saya tidak selesa sepanjang majlis berlangsung apatah lagi ketika jurugambar merakamkan gambar saya. Sebenarnya, ini juga pakaian kedua saya selepas pilihan pertama, gaun hijau saya tolak kerana mendedahkan dada dan saya diberi pilihan ini.

"Walaupun kurang selesa, saya tiada pilihan kerana tidak membawa baju sendiri kerana penganjur sediakan pakaian untuk digayakan sesuai dengan aksesori tajaan Rafflesia.

"Saya berharap tiada masalah untuk kemunculan saya di malam kemuncak FFM23 nanti (Ahad) apabila menyampaikan lagu ERT daripada filem Pisau Cukur," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hello dan Kembali Di Sisimu berharap keputusannya untuk tampil lebih sopan dihormati kerana tidak mahu lagi dilanda kontroversi membabitkan pakaian sebagaimana sebelum ini.

Pintanya, janganlah pandang sinis wanita berbaju kurung.


Dirinya pernah dikecam apabila berpakaian tidak sesuai ketika menjayakan satu program televisyen untuk hari raya. Penampilannya di pentas ketika menjayakan satu majlis anugerah juga mendapat kritikan kerana seksi sedangkan ketika itu Farah cuba menutup kakinya dengan memakai dua lapis 'legging'.

Bagaimanapun, apabila dilihat di skrin televisyen, tetap seksi seolah-olah mendedahkan pahanya.

Begitu juga cerita peribadi bermula dengan perkahwinannya dengan Fariz Yahya pada 12 Mei 2007 kemudian bercerai. Dua cerita ini diakui menjejaskan kerjaya seninya sejak menyertai program realiti Malaysian Idol pada 2005 kemudian One In A Million musim kedua (2006) hingga dia nekad melakukan sesuatu untuk mengubahnya.


"Kadangkala bila buat persembahan, lampu limpah membuatkan kita kelihatan seksi. Begitu juga ketika fotografi, ada kalanya teknik penggambaran menyebabkan bentuk badan kelihatan menyerlah.

"Apabila tengok kembali gambar sendiri dengan keadaan begitu, timbul rasa malu hingga saya berfikir bagaimana untuk mengatasi situasi itu.

"Selepas bercerai, saya juga berharap kisah peribadi tidak lagi menjadi bahan berita. Tapi apabila saya bertunang secara senyap, media dapat tahu juga dan terbaru, saya putus tunang juga dapat dihidu media.


"Bukan saya sengaja menjaja cerita peribadi, malah cuba sedaya upaya melindunginya, tetapi akhirnya diketahui juga. Apabila ditanya rakan wartawan, saya tidak mampu untuk berbohong," katanya.



Kisah putus tunang
Pada pertemuan petang itu, Farah juga tidak keberatan berkongsi cerita mengenai kisahnya putus tunang yang sudah pun diketahui umum sejak sebulan lalu.


Farah bertunang dengan duda anak satu yang hanya diperkenalkan sebagai M dan bakal berkahwin 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, awal Julai, Farah membuat keputusan mengejutkan dengan memutuskan pertunangan dengan jejaka asal Singapura dan menjadi jurutera muzik di Macau itu.


Tentunya berita ini mengejutkan ramai kerana sebelum ini Farah bercerai selepas tidak sampai dua tahun bersama dan kini putus tunang pula menjelang hari disatukan. Pastinya kejadian terbaru ini membuatkan ramai menuding jari kepadanya bahawa sebenarnya dia yang bermasalah.


Apapun, kata Farah, dia sudah memikirkan baik buruk atas keputusannya itu dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang berlaku. Malah, kata Farah, keputusan itu bukan saja membabitkan mereka berdua, malah banyak pihak kerana undangan sudah dibuat begitu juga segala persiapan.


"Alhamdulillah, keluarga menghormati keputusan saya dan saya terharu sangat kerana mereka juga tabah melalui semua ini. Sebagai selebriti, saya sedar apa pun yang berlaku kepada saya akan terpercik juga ke muka mereka.

"Mereka terus memberi semangat kepada saya. Apa yang lebih bagi mereka ialah mahu saya gembira," katanya.


Kata Farah, hidupnya kini tenang dan sedikit pun tidak tertekan dengan keputusan yang diambilnya. Farah juga menafikan dirinya terburu-buru membuka langkah baru selepas bercerai.


"Saya bercerai tiga tahun lalu dan mula rapat dengan seseorang akhir tahun lalu iaitu selepas dua tahun kembali solo.


"Sebelum ini ada kawan, tetapi tidaklah rapat. Saya tidak terburu-buru menjalin hubungan baru sebaliknya mengikut keadaan.

"Bagi saya semua ini kerja Tuhan dan serahkan kepada-Nya soal jodoh. Saya juga reda dengan apa yang berlaku dan mungkin ada hikmah di sebaliknya," katanya.


Perkenalan mereka bermula di laman sosial facebook dan dia sering menghantar komen di lamannya.

Setahun berbuat demikian, lelaki itu memulakan langkah menghantar pesanan di ruang pesanan. Dari situ, hubungan mereka makin serius sehingga membawa kepada pertemuan.

Mereka bertentang mata buat kali pertama di Kuala Lumpur, apabila si jejaka sanggup terbang dari Macau ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya sehingga berjaya menambat hatinya.

Enggan bercerita lanjut mengenai punca putus tunang kerana disifatkan agak peribadi, Farah mengakui bersyukur berbuat demikian sebelum mereka berkahwin.

Baginya, tidak guna meneruskan hubungan itu kerana kelak berhadapan masalah.

"Apabila menjalin hubungan dengannya, pelbagai dugaan saya lalui. Bagaimanapun, saya cuba mencari jawapan dari cerita yang saya dengar kerana ingin tahu dan akhirnya saya menemui jawapan untuk segala teka-teki itu. Akhirnya saya membuat keputusan nekad untuk berpisah kerana rasa itu jalan terbaik buat saya," katanya.


Kini Farah tumpukan perhatian dengan pembikinan album barunya yang diterbitkan sendiri.

Sebelum ini Farah menghasilkan single Ada Kamu dan juga Penjagaku yang diharapkan untuk pasaran Ramadan tetapi tidak diputarkan di radio.


Farah menerimanya sebagai tiada rezeki dan kini mempertaruhkan pula lagu duet dengan penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin, Kamu, Aku Satu ciptaan dan lirik Farah.


"Ia lagu pop rock dan saya harap mendapat perhatian stesen radio untuk diputarkan," katanya.




>PROFIL
NAMA SEBENAR: Farah Asyikin Zulkifli
TARIKH LAHIR: 11 November 1979
ASAL: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN; Diploma Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti LimKokWing
ALBUM: Bebas (1999) dan 1000 Penipuan (2007)
PENCAPAIAN: Salem Cool Planet (1999), tempat ketiga Malaysian Idol 2 (2005), tempat kelima One In A Million (2006) dan Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008

SUMBER : hmetro.com.my

Kisah Selanjutnya >>



Paling Popular


 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan