OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Rabu, 27 Oktober 2010

Aidil tuntut jaga anak


Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.


“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.

“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.

Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

SUMBER : hmetro.com.my

Comments :

1
Unknown berkata...
on 

hai....semua

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan