Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh. Sudah-sudahlah tu menafikan percintaan kamu berdua. Pun begitu masing-masing cuba menyelamatkan diri dengan berkata mereka mula menjalin hubungan apabila kedua-dua bekerjasama menerusi drama Asmara Musim 2.
Masjid yang dibina selama 12 tahun dan dianugerahkan tiga cahaya mata runtuh begitu sahaja hanya kerana seorang artis perempuan sosial yang pernah digosipkan mengandung dan menggugurkan kandungannya. Sayang sekali.
Faezah Elai tanpa segan silu memberi kenyataan menganggap Heykal adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini dan mereka sering keluar bersama. Malah memberitahu kasih sayang dan mengambil berat satu sama lain sudah ada dalam hubungan itu.
SUMBER : MediaMalaya.com
Comments :
0 ulasan to “Heykal Hanafiah bercerai, kini bercinta dengan Faezah Elai”
Catat Ulasan