OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Jumaat, 20 Januari 2012

Ally Iskandar Dah Sah Jadi Suami

Ally Iskandar hari ini selamat di ijabkabulkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli di Masjid Kristal, Taman Tamdun Islam (TTI), Kuala Terengganu pagi tadi.Dengan dua kali lafaz,akhirnya Ally Iskandar sah sebagai suami isteri.Ally Iskandar yang baru saja berkenalan dengan isterinya tidak pernah mengucapkan I Love You pada isterinya.




Jodoh pertemuan di tangan tuhan, tiada orang boleh menafikannya. Ketika sesi temubual bersama media pagi tadi, Ally Iskandar mengaku bahawa dia tidak pernah mengucapkan perkataan ‘I Love You’ pada Farah sebelum bernikah.

“Kami baru sahaja berkenalan dan saya belum pernah ucap ‘I Love You’ pada Farah,” ujar Ally serius.

Tambah Ally lagi, “Saya dapat tahu Farah nak mendirikan rumah tangga dalam waktu pengajian, so advantage untuk saya la untuk mencari seorang isteri. Kami tak berkenalan sebagai kawan pun, saya cuma beritahu Farah saya nak mencari seorang isteri, dan dia pun sedang mencari seorang suami, jadi memang sesuailah kami berdua.”

“Hari pertama kami berjumpa di Terengganu. Farah adalah junior kepada adik saya, jadi adik saya telah perkenalkan pada ibu saya, dan ibu saya perkenalkan pada saya. Dari situlah bagaimana semuanya bermula,” ujar Ally sambil ketawa.


p/s Semoga bahagia hingga ke-anak cucu

Comments :

0 ulasan to “Ally Iskandar Dah Sah Jadi Suami”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan