OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Khamis, 19 Januari 2012

Awie Kena Sihir

awie dan ellaKali nie giliran Awie pula mendakwa disihir oleh orang yang tidak puashati dengannya.Sebelum ini Artis Sensasi Azwan Ali juga mendakwa telah disihir,kini giliran Awie pula.Diberitakan dalam hmetro hari ini,Awie telah disihir sejak berlangsung’nya konsert Loudspeaker 2011 yang berlangsung akhir tahun lalu.

Pihak penganjur konsert tersebut juga mendakwa,yang Awie hampir menarik diri dari persembahan kerana tidak sihat.Pada konsert yang di adakan bersama Ella baru-baru ini,Awie juga mendakwa telah termuntah Jarum halus dan juga bulu ayam.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” kata Awie kepada media.

Comments :

0 ulasan to “Awie Kena Sihir”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan