OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Rabu, 18 Januari 2012

Azwan Mohon Maaf Secara Terbuka

Ekoran daripada entri semalam,hari ini Azwan Ali tampil memohon maaf secara terbuka kepada Tun Mahathir dan keluarga Tun.Azwan juga turut berdamai dengan adiknya Ummi Halifda setelah tidak bertegur sapa selama 7 tahun.

Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini.

Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.



Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir.Azwan Ali juga dilihat menangis 'Sebak' bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis.

Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.

Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau.




p/s harap-haraplah semoga Azwan benar-benar insaf,jadilah Azwan yang kami kenal dahulu.Azwan yang bukan ada ciri-ciri makyahnya.

Comments :

0 ulasan to “Azwan Mohon Maaf Secara Terbuka”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan