OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Isnin, 9 Januari 2012

Cucu P.Ramlee Giat Berlakon Teater

najwa p.ramleeNajua,satu nama asing bagi kita,namun apabila kita lihat pada nama terakhirnya ada nama P.Ramlee di hujung,maka kita dengan sendirinya dapat meneka siapa beliau atau mungkin kita tertanya-tanya apa hubungan beliau dengan Allahyarham P.Ramlee.

Sebenarnya Najua P.Ramlee adalah cucu kepada Allahyarham P.Ramlee dan anak kepada Nasir P.Ramlee.Najua nie aktif berlakon di pentas Teater berbanding di Televisyen,mungkin kerana itu banyak yang tidak mengenalinya.Namun nama yang di bawanya adalah nama besar di dalam Industri Hiburan Tanah Air.

“Saya menjadi pelakon dan penyanyi bukan kerana hendak mengejar glamour dan populariti semata-mata tetapi lebih kepada ingin meneruskan legasi yang arwah datuk tinggalkan kepada kami. Atas dasar itu juga saya ingin membawa namanya bersama-sama saya kerana ia dapat mengingatkan saya mengenai pengorbanan beliau dalam menaikkan industri perfileman dan muzik selain menghargai beliau.”

“Saya tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pelakon atau pun penyanyi tetapi rasa itu menurutnya telah berada di dalam diri saya sejak kecil. Darah seni itu memang telah mengalir dalam badan, sejak kecil lagi saya memang sukakan kepada lakonan, nyanyian dan sebagainya yang berkaitan. Ia bukan sesuatu yang dipaksa oleh keluarga tetapi ia adalah semulajadi.”

“Saya sedar dengan tanggapan masyarakat terhadap penggunaan nama arwah datuk saya ini tetapi saya tidak mahu perkara ini membelenggu diri saya dan akan berusaha untuk mencipta nama menerusi bakat saya sendiri.”

Najua yang kini aktif dalam bidang seni terutamanya pentas teater ini ingin membangkitkan taraf industri seni tanah air terutamanya bidang teater. Namun begitu Najua mahu mencuba cabang lain juga dalam industri ini.


p/s Pada kami,amat berbangga pada cucu Allahyarham P.Ramlee,semoga sukses seperti datuknya :)

Comments :

0 ulasan to “Cucu P.Ramlee Giat Berlakon Teater”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan