OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Sabtu, 7 Januari 2012

Diana Danielle Dan Farid Kamil Kahwin Tahun Ini

Selepas pengumuman kisah Lisa Suriani dan Yusry Kru akan kahwin tak lama lagi.Satu lagi pasangan artis mengumumkan akan berkahwin tahun ini.Diana Danielle dan Farid Kamil merancang akan menamatkan zaman bujang mereka mungkin pada tahun ini.

Tapi ramai yang terlupa pada pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle. Mereka ni memang pasangan yang sangat rileks. Iyalah, jarang muncul berdua di khalayak ramai macam orang lain.
Kalau orang lain sibuk nak tayang pasangan masing-masing tapi Farid mahupun Diana lebih gemar buat hal sendiri. Itu yang membuatkan mereka nampak lebih eksklusif dan istimewa sebenarnya.

Syed dari Utusan Malaysia melaporkan, baru-baru ini ada teman baik kepada pasangan ini menyampaikan cerita yang memang cukup mengejutkan.Cerita perihal mereka yang dah merancang nak menamatkan zaman bujang tahun ini.

“Sudah ada perbincangan yang dibuat oleh mereka berdua. Cuma masih belum ada kata putus sebab semuanya masih terlalu awal. Yang penting masing-masing dah bersedia nak jadi suami-isteri,” kata sumber ini lagi.


p/s Baguslah kalau begitu, jangan tunggu lama-lama.Banyak dugaan menanti.Nanti tak jadi pulak.

p/s update dari kami

Dania Danielle Kata Cerita Atas nie tak betul....Gosip katanya....Niekan Blog Gosip..

Diana agak terkejut dengan berita tentangnya mahu mendirikan rumahtangga bersama kekasihnya, Farid Kamil. Diana Danielle mengakui itu hanyalah gosip sahaja dan dirinya tidak pernah merancang untuk melangsungkan sebarang perkahwinan dalam masa terdekat kerana masih perlu tumpukan kepada beberapa perkara yang lebih penting dalam hidupnya.

“Macam manalah gosip itu boleh timbul dan saya rasa ia bukan isu yang penting untuk dihebahkan kerana kami tidak merancang untuk berkahwin.

“Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang perlu diberi fokus pada tahun ini. Alhamdulillah kami masih selesa dengan perhubungan cinta ini dan biarlah masa menentukan sejauh mana perhubungan ini boleh pergi,” kata Diana.

p/s kalau betullah hanya Gosip,Cepat-cepatlah berkahwin untuk elakkan gosip di masa hadapan....Peace :)

Comments :

0 ulasan to “Diana Danielle Dan Farid Kamil Kahwin Tahun Ini”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan