Mulai tahun ini,Shahz Jaszle yang juga di kenali dengan nama Asmara dalam drama asmara mahu di kenali dengan nama baru iaitu Shahrizal di atas permintaan salah seorang ahli keluarganya.
“Mereka (keluarga) berkata, menggunakan nama sendiri dalam kerjaya kita akan lebih kuat auranya dan diakui saya dapat rasa perbezaan semangat selepas menukarkan kepada nama tersebut.
“Sejak menggunakan nama ini, kehidupan saya lebih stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Semoga penggunaan nama Shahrizal dapat mengukuhkan lagi karier saya di masa akan datang nanti,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon ini mencipta kontroversi di awal kemunculannya apabila meminta orang ramai memanggil namanya dalam sebutan Bahasa Inggeris “Shahz Jazle” (disebut Shahz Jazel) dan bukannya berbunyi “Shahz Jazli”.
engumuman pertukaran nama itu turut dibuatnya menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia pada Ahad lalu.
Tambahnya tahap keyakinan diri dia juga semakin tinggi sejak menggunakan nama tersebut.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana para peminat memberikan respons yang positif tentang penukaran nama itu.
“Alhamdulillah peminat-peminat memberi respons yang baik. Apa-apa pun saya tidak menyesal dengan keputusan ini walaupun saya telah menggunakan nama Shahz Jaszle sepanjang lima tahun dalam industri seni tempatan,” kata pemilik nama penuh Mohd Shahrizal Jazle Jasmin ini.
Sementara itu, dia kini sedang berada di Australia untuk penggambaran drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production selama dua minggu.
Baguslah kalau macam itu,nampak lagi kemelayuan pada nama shah yang sebelum ini namanya lebih kepada sebutan english...susah jugak nak sebut :)
Comments :
0 ulasan to “Shahz Jaszle Dan Tukar Nama”
Catat Ulasan