Dakwa Abby lagi,pada mulanya dirinya telah mendapatkan rawatan dihospital sebanyak 2kali,namun doktor tidak dapat mengesan penyakit yang dialaminya.Abby mendapat tahu yang dirinya telah disihir ketika mendapat rawatan daripada pelakon Ashraf Muslim dan semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.
Sekarang ini,Abby beransur pulih setelah mendapat rawatan tradisional itu,namun sekiranya Abby tidak berjaga-jaga,kemungkinan sihir itu akan datang balik.
"Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.Dunia Artis sekarang ini diseliputi oleh dunia sihir,siapa pulak yang sanggup buat benda yang haram sebegini.Nak menjatuhkan karier seseorang,sihir digunakan.
"Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu," ujar Abby.
Comments :
0 ulasan to “Abby Pula Jadi Mangsa Sihir”
Catat Ulasan