OhGosiP.CoM

Posts Subscribe to CommentsComments


Ahad, 22 Januari 2012

Perceraian Hattan Bukan Sebab Gambar

farah isteri hattanSeperti entri kami sebelum ini,iaitu mengenai punca perceraian Hattan dan Farah Othman disebabkan oleh gambar yang tersebar adalah gosip semata-mata,maka betullah dengan apa yang kami sebut dalam entri sebelum ini.Disebabkan gambar terbabit,hidup bekas isteri Hattan dipalit pelbagai spekulasi yang memberi kesan kepada diri dan kerjayanya.





"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman," ujar pengarah urusan Into Equity ini dan menegaskan bahawa perkahwinannya dan Hattan mendapat restu keluarga.

"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.

"Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan," sambungnya yang bersikap optimistik dalam menjalani rencah kehidupan kini.

"Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh," luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.


Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.

Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.

Melihat situasi ini sebagai satu cubaan menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahanita, Farah menjelaskan impak dan bisnes yang sedang dijalaninya.

Melalui syarikat Into Equity Sdn. Bhd., Farah menjalani bisnes dalam bidang hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London dan Hong Kong.

Bukan sahaja di luar negara, Farah merupakan pembekal barangan untuk hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekalkan peralatan kesihatan kepada Kementerian Kesihatan.

"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar," ujarnya yang telah mendapat nasihat peguam dan akan mengambil tindakan.


Menganggap perkara penggodaman e-mel dan blog serta penyebaran gambarnya sebagai sesuatu yang sangat serius, tindakan akan dibuat sekembalinya Farah dari Hong Kong kelak.

"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah tegas.


Ternyatalah gambar yang tersebar di internet tempoh hari bukanlah penyebab kepada perceraian diantara Hattan Dan Farah.

Comments :

0 ulasan to “Perceraian Hattan Bukan Sebab Gambar”

Komenlah..kalau rasa nak komen: Facebook Fan Page Kami Likelah Kalau Suke www.ohgosip.com Di Facebook FanPage Kami

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Gosip Artis | Cerita Artis | Gambar Artis | Perihal Dunia, Blog Hiburan